Global

Malaysia teruskan perbincangan hantar bantuan ke Tebing Gaza melalui Rafah – Zahid

Malaysia dan Mesir akan meneruskan perbincangan mengenai penghantaran bantuan ke Tebing Gaza melalui Ops Ihsan menerusi sempadan Rafah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain rancangan penghantaran itu yang dijadualkan Mac depan beliau turut berbincang dengan Duta Besar Mesir ke Malaysia mengenai perkembangan terkini di kawasan bergolak tersebut.

“Semoga perbincangan itu dapat meneruskan usaha murni penyaluran bantuan kepada mangsa konflik peperangan di Palestin” kata Ahmad Zahid dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, perbincangan itu diadakan ketika beliau mengunjungi dan memenuhi jemputan makan malam di kediaman perwakilan Mesir itu, malam tadi.

BACA LAGI:Perlu bertanggungjawab, telus urus dana derma – PM Anwar

Selain membuka ruang pertukaran pandangan mengenai isu-isu penting serantau dan global, peluang meningkatkan kerjasama ekonomi, kolaborasi pendidikan dan memperkukuhkan hubungan dua hala yang lebih erat.

“Semoga ukhwah yang terjalin antara Malaysia dan Mesir terus berkekalan serta menatijahkan kebaikan buat kedua negara untuk terus bekerjasama mencipta kejayaan dan memacu kemajuan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button