Semasa

Perlu bertanggungjawab, telus urus dana derma – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu tampil menegaskan perlunya bersikap telus dalam mengurus sebarang dana derma.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi atau pertubuhan perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Mengulas lanjut Anwar berkata, pentadbiran sentiasa menekankan ketulusan dalam soal pengurusan kewangan bagi mengelakkan ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

“Itu sebabnya, dalam soal pengurusan tatakelola, kena teliti, kerana kita kutip derma, (contohnya) buat sekolah maahad tahfiz, kena ada peraturan, kalau tidak, dia kutip itu kemudian baiki rumah, sebab itu kita kena ikut peraturan.

“Sebab itu kita cadangkan semua derma-derma ini ikut saluran dan kita minta supaya diteliiti jumlahnya dan apa dibeli dan berapa banyak diserahkan, perlu ada ketelusan,” katanya.

BACA LAGI: Malaysia negara terawal dapat kebenaran darat bantuan untuk Gaza

Anwar berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog sempena Majlis Perasmian Penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat di Kuala Lumpur.

Pada program itu Anwar menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan peserta yang terdiri daripada setiausaha akhbar kepada menteri-menteri dan warga komunikasi korporat meliputi pelbagai topik dan isu semasa.

Related Articles

Back to top button