Semasa

Kerajaan Madani utus ucapan takziah buat keluarga Taib Mahmud

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook miliknya turut berkongsi rasa sedih atas pemergian Allahyarham Abdul Taib Mahmud pada sekitar pukul 4.28 pagi tadi.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan Madani mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.

“Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati,” katanya.

Tambah beliau, segala jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.

Allahyarham Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini.

Related Articles

Back to top button