Global

Malaysia kecewa, AS guna kuasa veto gagalkan resolusi gencatan senjata di Gaza

Malaysia meluahkan rasa kekesalan susulan kegagalan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangani situasi genting yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata, resolusi yang diusulkan Algeria itu gagal dilaksana susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto mereka , sekali gus melumpuhkan lagi usaha masyarakat antarabangsa menangani malapetaka kemanusiaan di Palestin.

Menurut Kementerian Luar, dengan mengambil kira keadaan di Semenanjung Gaza yang semakin meruncing terutama susulan tindakan rejim Israel menyerang Rafah, jalan penyelesaian paling berkesan untik menangani krisis kemanusiaan di wilayah itu ialah dengan melaksana gencatan dengan serta-merta.

“Satu-satunya jalan penyelesaian terbaik terhadap konflik ini ialah melaksanakan Penyelesaian Dua Negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

“Malaysia mengulangi gesaannya supaya Palestin diiktiraf sebagai anggota penuh PBB,” menurut kenyataan itu.

Seramai 13 anggota majlis mengundi menyokong draf resolusi yang diusulkan Algeria, manakala Britain berkecuali.

AS buat kali ketiga menggunakan kuasa vetonya terhadap draf resolusi berkaitan Gaza sejak permulaan konflik pada 7 Oktober lalu.

BACA LAGI: Ops Ihsan terus komited salur bantuan untuk Palestin

Terdahulu Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini “semakin bahayaā€¯, menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang kini di ambang kebuluran.

Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, pihaknya terpaksa membuat keputusan sukar bagi menghentikan penghantaran bantuan ke utara Gaza sehingga keadaan selamat.

“Gaza berada dalam situasi yang sangat kritikal dan WFP perlu bertindak dengan cepat untuk membantu ribuan orang yang sedang diancam kebuluran,” kata agensi itu.

Related Articles

Back to top button