Umum

Kadar dividen KWSP 2023 naik kepada 5.5% konvensional, 5.4% syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.5 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun kewangan 2023.

KWSP berkata, dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM57.81 bilion.

Menurutnya, bagi tahun berakhir 31 Disember, 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022.

“Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen.

“Adalah menjadi amalan berhemat KWSP membayar dividen hanya daripada pendapatan yang direalisasikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Related Articles

Back to top button