Parlimen

SKMM kemas kini Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar mulai 1 April

Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) baharu bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan berkuat kuasa mulai 1 April 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata MSQoS yang dikemas kini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menetapkan penyedia perkhidmatan jalur lebar perlu memastikan purata kelajuan muat turun tidak kurang daripada 7.7 megabait sesaat (Mbps) pada tahun ini.

Katanya, menerusi kemas kini standard itu juga, purata kelajuan muat turun mestilah tidak kurang daripada 10.0 Mbps bermula tahun depan.

“MSQoS bagi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar kita telah kemas kini dan ini dibuat sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Internet di negara ini.

“Sebagai contoh, sebelum ini kita tetapkan tidak kurang daripada 90 sampel ujian perkhidmatan itu perlu mencapai kelajuan muat turun pada 2.5 Mbps atau lebih tinggi dan apabila berkuat kuasa standard mandatori yang baharu ini, purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung strategi kementerian dalam menyelesaikan isu kualiti perkhidmatan rangkaian internet di seluruh negara khususnya di Kelantan.

Related Articles

Back to top button