Anwar

PM Anwar sampaikan ucapan istimewa buat Wan Azizah sempena Hari Wanita Sedunia

Kerajaan kekal tegas dan konsisten membela hak-hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sikap itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam.

“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.

“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat.

“Selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya melalui hantaran itu.

BACA LAGI: Wanita KEADILAN lancar ASAK, perkukuh pembudayaan digital dalam pentadbiran

Melalui hantaran itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang setia melalui setiap dugaan dalam perjuangannnya.

“Penghargaan yang setingginya kepada (Wan) Azizah kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang ini dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan,” katanya.

“Semoga kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat! ” tambah Anwar melalui ucapannya.

Related Articles

Back to top button