Semasa

Wanita KEADILAN lancar ASAK, perkukuh pembudayaan digital dalam pentadbiran

Wanita KEADILAN meneroka langkah kehadapan dengan pelancaran Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK).

Ketuanya Fadhlina Sidek berkata, sistem ASAK merupakan sebuah laman rasmi tertutup yang dibangunkan bagi mengatasi isu-isu berbangkit antaranya penyelarasan pengurusan keahlian dan dokumentasi di peringkat negeri dan pusat.

Ia merangkumi komponen maklumat, pengurusan surat menyurat, organisasi, mesyuarat dan takwim akan memantapkan dan menyeragamkan tadbir urus Wanita KEADILAN dari peringkat kepimpinan pusat hingga ranting secara digital.

“Sistem ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengurus dan mentadbir khususnya yang terkait rapat dengan data-data pengurusan Wanita KEADILAN.

“Kita harap program ini benar-benar dapat mencapai maksud dan hasrat kita khususnya dalam konteks menyambut hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan pembudayaan digital dalam kalangan masyarakat dan kita bermula dengan parti dan Wanita KEADILAN,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan sebelumnya melancarkan Sistem ASAK di Top Glove Tower Ballroom Setia Alam Selangor pada Sabtu.

BACA LAGI: KKDW peruntukkan RM1.7 juta bantu usahawan beralih ke pendigitalan perniagaan

Dalam pada itu, Setiausaha Wanita Pusat bagi Sayap Wanita KEADILAN Loh Ker Chean berkata bagi memberi kefahaman dan penerangan mengenai penggunaan sistem itu, sesi taklimat secara dalam talian akan diaksanakan pada bulan ini.

Selain itu, Wanita KEADILAN melalui Sukarelawan ASAK juga akan turun ke negeri-negeri bagi siri jelajah dan latihan yang akan dilaksanakan pada April sehingga Julai tahun ini.

Related Articles

Back to top button