Global

Probowo menang pemilihan umum Presiden Indonesia

Prabowo Subianto dipilih sebagai Presiden ke-8 republik Indonesia setelah selesai Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU), Hasyim Asy’ari malam tadi berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku naib presiden, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi daripada 164,227,475 undi.

Jumlah itu kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan–Muhaimin Iskandar memperolehi 24.9 peratus atau 40,971,906 undi, manakala Ganjar Pranowo-Mahfud MD mendapat 16.5 peratus atau 27,040,878 undi.

Hasil rumusan KPU menunjukkan Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah, dan dua lagi wilayah dimenangi Anies-Muhaimin.

BACA LAGI: Calon Presiden Indonesia adakan kunjungan hormat ke atas PM Anwar

Prabowo dan Gibran yang juga anak sulung kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah diisytihar menang bulan lalu selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan mereka memenangi majoriti.

Sebelum ini, Prabowo, 72, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Related Articles

Back to top button