Anwar

Penjenamaan semula Boustead Naval Shipyard kepada LUNAS beri imej kepada pengurusan – PM Anwar

Penjenamaan semula syarikat bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kepada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) dibuat kerana beberapa sebab, jelas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Penjenamaan semula Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) kepada Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS) adalah berikutan pertukaran pegangan saham daripada pemegang saham sedia ada iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad (BHB) dan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD],” katanya.

Menurut Anwar, strategi penjenamaan semula penting untuk memberi imej baru kepada pengurusan dan syarikat MKD.

BNS ialah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan kapal tempur pesisir TLDM yang dikenali sebagai Littoral Combat Ship di mana, projek itu merupakan projek yang lewat.

“Selain itu ia juga mampu mengubah persepsi umum dan meyakinkan para vendor tempatan dan luar negara bahawa LUNAS adalah sebuah syarikat yang berdaya maju dan akan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang bertanya mengenai rasional penjenamaan semula dan kemampuan penjenamaan semula memberi imej positif.

Related Articles

Back to top button