Tiada pemimpin Pas nak ‘back-up’ Mastura? soal Pemuda AMANAH

Sejak ucapan Siti Mastura mengaitkan Guan Eng dengan Chin Peng tular, tiada pemimpin Pas lain membelanya untuk mempertahan dakwaan tersebut, kata Exco Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Azhar Rahman .
“Paling tidak, keluarkanlah kenyataan menyokong apa yang diucap Mastura sebagai tanda solidariti apabila beliau diasak bertubi-tubi oleh pimpinan DAP. Atau, sekiranya apa yang diucap beliau jelas tidak berasas, keluarkan kenyataan permohonan maaf bagi pihak beliau.
“Gunakan sahaja alasan yang kenyataan beliau telah dimanipulasi atau diambil di luar konteks seperti yang biasa pimpinan Pas lakukan supaya serangan lawan dapat dikurangkan.
“Selepas 48 jam, Guan Eng telah mengambil tindakan memulakan saman terhadap beliau, namun, masih tiada kedengaran sebarang usaha membela beliau atau paling tidak menyediakan khidmat guaman untuk membela beliau.
“Pemimpin Pas tidak patut biarkan Mastura kelihatan dungu begitu. Apatah lagi beliau sebagai pimpinan wanita muda yang kuat mempertahan kepimpinan Pas setiap masa,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Guan Eng memaklumkan telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas mendakwa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan Chin Peng.
Katanya, beliau sudah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguamnya untuk memulakan tindakan dan prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura.
Ia selepas Siti Mastura tidak setelah dia tidak mengemukakan bukti pertalian kekeluargaan antara Lim dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan perdana menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, dalam tempoh 48 jam.
Siti Mastura membuat dakwaan itu dalam satu program Pas di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.
Baca juga:



