Politik

Konvensyen 25 Tahun: KEADILAN siap siaga dengan gerak kerja lebih awal hadapi PRU16 – Rafizi

Gerak kerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bermula pada Ahad menerusi siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pengukuhan kembali kekuatan daripada akar umbi perlu dilaksanakan termasuk memperhebatkan dengan bertemu para pengundi.

“Siri pilihan raya kepada PRU-16 akan bermula seawal tahun depan. Kemudian pada tahun 2026 dan bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, PRU paling lama pun sekitar dua tahun setengah daripada tarikh yang ada kita sekarang.

“Jadi, kita tiada masa yang panjang. Sebab itu, konvensyen hari ini adalah berbeza daripada konvensyen ulang tahun parti yang lain yang selalunya pada Jubli Perak atau Jubli Emas akan meraikan kejayaan parti.

“KEADILAN (PKR) seperti biasa mengambil tindakan agak berbeza. Kita kerah anggota akar umbi daripada bawah akan melakukan gerak kerja yang akan bermula hari ini daripada semua cabang di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 tahun PKR di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Pada majlis tersebut juga, beliau meluncurkan Felo Keadilan dan Portal Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR serta Angkatan Business Chambers.

Rafizi yang merupakan Menteri Ekonomi memberitahu, kekuatan PKR perlu dipertingkatkan selari dengan perubahan zaman dengan mempunyai kemahiran tertentu dan terus memperjuangkan reformasi sedia ada.

Tegas beliau, iktibar perlu diambil dengan syarikat Kodak yang telah bangkrap dan muflis kerana tidak mengambil tindakan segera dalam mengatasi perubahan daripada segi ancaman gambar filem kamera.

“Kodak adalah jenama nombor satu atau dominan di dunia untuk 100 tahun ambil gambar. Tiada kodak, tiada gambar. Apabila skrin digital, cip mula keluar, kodak sudah tengok lama ancaman kepada filem.

“Oleh sebab itu, mereka terlepas pandang bahawa masyarakat di luar berubah lebih cepat daripada dalam terutama kekuatan itu sangat tinggi berbanding pesaing. Kodak daripada syarikat besar terus bangkrap, hilang terus dan tidak boleh bangun terus meskipun dengan duit berpuluhan dolar sekalipun,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button