Semasa

SKMM lapor polis, dakwa Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo buat fitnah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memfailkan laporan polis terhadap tiga pempengaruh pro pembangkang.

Laporan terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che’gubard, Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) itu susulan tindakan mereka yang didakwa menyebarkan tuduhan palsu terhadap pegawai-pegawai SKMM.

Menurut suruhanjaya itu, laporan berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial TikTok, Facebook serta Youtube pada 17 April lepas.

“Kandungan terbabit menggambarkan seolah-olah pegawai SKMM bertindak di bawah arahan yang mempunyai kepentingan politik selain bersifat penyalahgunaan kuasa,” menurut SKMM dalam kenyataan.

BACA LAGI: Telefon Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo disita untuk bantu siasatan

Oleh itu, SKMM menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat individu-individu berkenaan dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan.

Malah suruhanjaya itu menegaskan, sebagai sebuah badan berkanun, SKMM melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung didalamnya.

Related Articles

Back to top button