Pilihanraya

Undi awal: Empat negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 95 peratus

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi undian awal yang diadakan di empat negeri hari ini mencatatkan peratus lebih 95 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin berkata, Kedah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 96.02 peratus, diikuti Terengganu, 95.91 peratus, Selangor (95.87 peratus) dan Pulau Pinang (95.01 peratus).

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula. peratusan keluar mengundi turut mencatatkan peratusan lebih 95.47 peratus melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

“Bagi PRN, seramai 72,554 orang yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Ikmakrudin memaklumkan Negeri Sembilan dan Kelantan merekodkan bawah 95 peratus dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 94.05 peratus serta 93.90 peratus.

Related Articles

Back to top button