Ahli akademik ‘bertaraf sederhana’ tak perlu dibawa masuk – PM Anwar
Ahli akademik yang disifatkan sebagai ‘mediocre scholar’ atau bertaraf sederhana sepatutnya tidak perlu dibawa masuk ke Malaysia sebagai pensyarah pelawat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sarjana yang bertaraf sedemikian tidak sepatutnya menjadi profesor jemputan di universiti tempatan.
Beliau berkata demekian ketika diminta mengulas mengenai mengenai ahli akademik Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley’s yang didakwa menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh Malaysia tidak selamat ketika menjadi pensyarah jemputan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini..
“‘Mediocre scholar’ (ahli akademik sederhana) tidak sepatutnya dibawa masuk sebagai pensyarah pelawat pada awalnya.
Selebihnya, Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) sudah jelaskan,” katanya ringkas kepada media pada Majlis Pelancaran Kampus dan Upacara Pecah Tanah Simulasi Penerbangan Akademi Malaysia Airlines Bhd (MAB) di Sepang, hari ini.
Terdahulu, UM menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Bagaimanapun, UM tampil memohon maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan universiti itu.