Semasa

LIMA’25 dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata LlMA ‘25 berkata, pameran bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow itu menjanjikan lonjakan inovasi dan transformasi untuk industri aeroangkasa dan maritim.

Ia akan mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

“Selain daripada pameran yang sedia ada seperti mana tahun-tahun yang sebelum ini, LlMA ‘25 juga akan mengetengahkan beberapa segmen baharu yang menarik penyertaan daripada perusahan kecil dan sederhana, ini juga kita akan berikan tumpuan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran LIMA ‘25 di Wisma Perwira ATM pada Jumaat.

BACA LAGI: Mindef perkukuh pertahanan negara termasuk bidang siber

Sementara itu Adly berkata, walaupun baru dilancarkan, LIMA ’25 telah mendapat sambutan awal yang menggalakkan oleh syarikat dari dalam dan luar negara

Justeru beliau turut mengalakkan penyertaan daripada institusi tinggi kerajaan dan swasta yang memiliki kepakaran industri aeroangkasa dan maritim untuk menyertai pameran itu.

Related Articles

Back to top button