Semasa

Mindef perkukuh pertahanan negara termasuk bidang siber – Timbalan Menteri

Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuh industri pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, selain meningkatkan industri pertahanan sedia ada, kertas dasar itu memberi fokus kepada industri baharu dalam pertahanan termasuk bidang siber.

“Industri pertahanan kita banyak terlibat dengan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) berbanding pembuatan. Kita mungkin ada industri pembuatan senjata dalam berskala sederhana dan kalau industri besar seperti LCS (Kapal Tempur Pesisir).

“Kita mahu kepakaran tempatan industri sedia ada dapat bertahan dan bersaing pada masa depan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Sementara itu menurutnya, kementerian juga sentiasa memastikan setiap perolehan aset-aset pertahanan yang dilaksanakan melalui kerajaan dengan kerajaan (G2G) mengikut peraturan dan pekeliling yang berkuat kuasa.

BACA LAGI: Sistem pertahanan siber negara berada dalam tahap keselamatan tertinggi

Sesuatu rundingan yang dilaksana dengan syarikat dipilih kerajaan negara berkenaan hanya dibuat setelah kementerian membuat penilaian wajar berkaitan keupayaan dan kewangan syarikat serta ketetapan spesifikasi pengguna.

“Namun perkara ini bergantung kepada siling peruntukan yang ditetapkan oleh agensi pusat,” katanya menjawab soalan asal Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai usaha Kerajaan MADANI mengelak orang tengah dalam pembelian aset pertahanan negara melalui pendekatan G2G yang lebih telus dan bertanggungjawab.

Related Articles

Back to top button