Global

Rakyat Palestin sampaikan salam untuk seluruh rakyat Malaysia – Mahmoud Abbas

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Ucapan itu dizahirkan sendiri Abbas kepada Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pertemuan antara mereka di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

“Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestine kepada seluruh rakyat Malaysia,” menurut Mohamad dalam catatan di laman Facebooknya.

Mohamad Hasan kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.

Sebagai rekod, Malaysia kini menjadi negara paling lantang membela Palestin.

BACA LAGI: PM Anwar wakili suara majoriti rakyat dunia pertahan warga Palestin 

Seorang wartawan warga British-Amerika terkenal Mehdi Hasan berkata Anwar kini telah mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.

Ia susulan keberanian Anwar mengkritik sikap pemimpin Eropah dan Barat yang bersikap “selektif” dan “ambivalen” terhadap konflik kemanusiaan yang berlanjutan di Palestin.

Related Articles

Back to top button