Bisnes

Pelaburan RM10.5 bilion Microsoft bukti keyakinan pelabur terhadap kerajaan

Pelaburan baharu Microsoft Corporation bernilau RM10.5 bilion ke Malaysia telah membuktikan keyakinan syarikat gergasi teknologi multinasional itu situasi semasa negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, keyakinan Microsoft untuk melabur di negara ini disebabkan asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar kerajaan yang jelas dan terarah, selain dasar mesra pelabur dan kestabilan politik yang dikecapi Malaysia.

“Semoga kerjasama ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu Anwar telah menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella serta delegasinya di pejabatnya di Putrajaya pada Khamis

Pada pertemuan itu, Satya menyatakan persetujuan Microsoft menambah pelaburan berjumlah USD2.2 bilion (RM10.5 bilion) di Malaysia dalam tempoh 4 tahun mendatang.

Pelaburan itu yang sekaligus menjadi pelaburan terbesar oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di negara ini akan meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan Kecerdasan Buatan (AI).

BACA LAGI: Microsoft umum pelaburan RM10.5 bilion, terbesar setelah bertapak 32 tahun di Malaysia

Selain itu ia akan menyaksikan penubuhan Pusat Kecemerlangan AI Nasional , peningkatan kepada keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia.

Pelaburan tersebut juga dijangka akan mewujudkan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang.

Related Articles

Back to top button