Semasa

KESUMA dekati belia melalui program Luncheon Talk

Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong pada Jumaat merasmikan Luncheon Talk – Dasar Sumber Manusia Dari Perspektif Belia.

Kementerian itu melalui satu kenyataan media memaklumkan, acara yang diadakan di Menara PERKESO, Kuala Lumpur itu merupakan program iringan sempena Sambutan Hari Pekerja 2024.

“Luncheon Talk yang julung kali diadakan berkongsi pendapat dan maklum balas berkenaan Dasar Sumber Manusia dan dihadiri oleh 120 belia terdiri alumni Yayasan Sukarelawan Siswa, wakil Majlis Belia Malaysia, dan pelajar-pelajar Universiti Awam serta Universiti Swasta.

“Dalam majlis, perkara seperti pekerja sektor gig, kemahiran di peringkat Institut Pengajian Tinggi, ketidakpadanan pekerjaan dan pasaran kerja adalah antara maklum balas yang diterima,” jelas kementerian itu.

Selain itu belia yang hadir ke acara itu turut berpeluang mendengar Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara 2024-2030.

BACA LAGI: KESUMA bakal perkenal Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan

KESUMA turut berkongsikan iltizam baharu 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran, Keberhasilan Pekerja.

Pada acara itu, Sim turut menyarankan golongan belia melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk mengharungi era globalisasi.

Related Articles

Back to top button