ekonomi

Mesyuarat MTEN: PM arah tambah program tingkat penyertaan tenaga kerja tempatan

Kementerian-kementerian berkaitan diminta melaksanakan libat urus dengan wakil-wakil industri serta mengenal pasti penambahbaikan dasar berkaitan pengurusan pekerja asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang diadakan semalam, beliau turut mengesa penambahan program dilaksana bagi meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 3 Tahun 2024 telah meneliti dua kertas pembentangan iaitu “Pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia” dan “Pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) bagi Tenaga Buruh Asing”.

“Bagi tujuan meningkatkan skala dan daya saing PKS, mesyuarat bersetuju bagi kerajaan mengambil tindakan intervensi ke atas isu-isu struktur yang dibincangkan,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan rancang pelan perkasa ekonomi golongan asnaf

Menurut Anwar, konsep MTLM telah mula diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) sebagai mekanisme penambahbaikan dalam mengurus dan mengawal pekerja asing berkemahiran rendah.

“Ia bagi memastikan peratusan pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja.

“Dalam usaha ini, kerajaan telah menyasarkan supaya MTLM dilaksanakan sebelum hujung tahun 2024,” tambah beliau yang juga Menteri Kewangan.

Related Articles

Back to top button