Anwar

PM Anwar dan isteri zahir simpati kepada mangsa musibah banjir di Brazil

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati kepada 85 warga yang maut dan beratus ribu yang terkesan dengan bencana banjir besar di Brazil.

Menurutnya, antara kawasan yang paling parah dilanda musibah banjir terletak di negeri Rio Grande do Sul dan kota Eldorado du Sul yang terletak di selatan Brazil.

“Mendoakan urusan dan operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar dan Brazil kembali pulih dan gagah.

“Godspeed Lula” katanya pada hantaran di Facebook miliknya, pada Khamis.

Dilaporkan, hujan lebat di negeri itu selama hampir seminggu telah menjejaskan 281 majlis perbandaran, kejadian sungai melimpah dan menyebabkan ibu negeri, Porto Alegre ditenggelami air.

Angka kematian akibat banjir besar yang melanda selatan Brazil selama beberapa hari melepasi 100 orang pada Rabu, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 400 majlis perbandaran telah terjejas akibat bencana alam terburuk pernah melanda negeri Rio Grande do Sul, dengan ratusan orang cedera dan lebih 160,000 terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Ramai yang tidak mempunyai akses kepada air minuman dan perkhidmatan telefon dan internet terputus di kebanyakan tempat.

Dalam ada itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sudah mengarahkan pembukaan pejabat kecemasan di Porto Alegre bagi memudahkan bantuan teknikal dan kewangan, selepas menghantar 100 anggota pasukan kebangsaan, pasukan polis elit untuk membantu dalam misi menyelamat.

Related Articles

Back to top button