Semasa

AMK Perak fail laporan polis, dakwa Takiyuddin memfitnah

Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak (AMK Perak) memfailkan laporan polis terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kerana memfitnah perdana menteri.

Ketua Penerangan AMK Perak, Muhammad Izzuddin Hariz Bohari melalui satu kenyataan media semalam berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan diucapkan oleh Takiyuddin pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bersifat menghasut dan memupuk kebencian kepada kepimpinan kerajaan.

“Dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji, menuduh seseorang muslim dengan tuduhan melakukan perbuatan keji tanpa bukti yang jelas adalah haram.

“Hukuman had dikenakan terhadap perbuatan qazaf dalam syariat untuk menjaga maruah individu dan masyarakat.

“Bahkan mengikut Imam An-Nawawi, ia bagi memelihara masyarakat dari terjebak ke lembah kehinaan akibat tuduh-menuduh dalam soal lucah dan bermudah-mudah mengungkapkannya,” tegasnya.

BACA LAGI: AMK kutuk, kecam salah guna kuasa dan rasuah di Perlis

Sementara itu melalui kenyataan sama AMK Perak menggesa seluruh masyarakat untuk tidak terlibat dalam menyebarkan fitnah yang akan membawa imej buruk serta menjatuhkan martabat dan reputasi seseorang.

“Semua pihak boleh berbeza fahaman politik atau ideologi, tetapi hindarkan amalan menghina dan memfitnah tanpa sebarang bukti,” kata AMK Perak dalam kenyataan tersebut.

Related Articles

Back to top button