Semasa

KPM umum enam inisiatif khas untuk guru

Enam inisiatif khas buat para guru diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 yang disambut semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, enam insiatif tersebut ialah Kursus Pemerkasaan Teknologi, Kursus ‘Apple Teacher’, Sijil Profesional Digital, Geran Penerbitan, Program Cuti-Cuti Cikgu dan Indeks Kesejahteraan Guru.

Menurut Fadhlina, inisiatif tersebut sebagai sebahagian usaha kementeriannya memperkasa guru dan agenda guru digital pada masa akan datang.

“Bagi Kursus Pemerkasaan Teknologi, guru terpilih berpeluang untuk menyertai kursus itu dalam domain Kecerdasan Buatan (AI) daripada PIXLR.

“Kursus dengan kos RM1 juta ini disasarkan kepada 500 guru terpilih seluruh negara.

“Ia bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam kecerdasan buatan dan menyokong pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) melalui kaedah digital,” katanya pada majlis sambutan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) , Kuantan.

BACA LAGI: KPM merafak sembah titah Pemangku Sultan Johor

Sementara itu tambahnya, dua geran penerbitan masing-masing bernilai RM10,000 akan diberikan kepada guru untuk menerbitkan penulisan berkenaan Tokoh Guru Madani' danTokoh Kepimpinan Madani’.

“Tawaran geran itu akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memenuhi kriteria ditetapkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM),” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut memberiatahu, Kerajaan Madani terus komited terhadap golongan guru yang memainkan peranan penting mendidik generasi masa hadapan negara.

Related Articles

Back to top button