Semasa

NRES pertimbang undang-undang khusus tangani pembuangan, pencemaran plastik

Kerajaan akan terus berusaha menangani masalah pembuangan dan pencemaran plastik yang menjadi isu utama di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) , Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya kini sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus dalam isu pencemaran plastik berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.

“Sebahagian besarnya bergantung kepada kerajaan tempatan. Ada beberapa bandar seperti Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor bergerak pantas, yang lain tidak.

“Kita memerlukan pendekatan nasional untuk menangani pencemaran plastik,” katanya selepas merasmikan Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 2024 di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Beliau sementara itu menekankan tentang keperluan untuk rangka kerja undang-undang yang teguh untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai secara berperingkat, meningkatkan kadar kitar semula dan memerangi pencemaran plastik dengan berkesan.

BACA LAGI: Malaysia tekad perkukuh agenda pemuliharaan biodiversiti

“Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar kementerian, bertemu dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan perunding untuk belajar daripada negara lain dalam menentukan jalan terbaik ke hadapan,” katanya.

Nik Nazmi bercakap kepada pemberita turut memberitahu, pihaknya kini sedang berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk menjalankan kajian sewajarnya mengenai dasar plastik negara.

Related Articles

Back to top button