Bisnes

KUSKOP salur RM85.9 juta bantu koperasi jalankan projek berimpak tinggi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan RM85.9 juta sebagai pembiayaan kepada koperasi yang menjalankan produk berskala besar, setakat April tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk R Ramanan berkata, pembiayaan itu diluluskan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) yang bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksana projek yang berdaya maju.

“Bagi menggalakkan perkembangan koperasi, KUSKOP melalui SKM menawarkan pembiayaan menerusi Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan amaun maksima pembiayaan sebanyak RM30 juta secara bercagar serta pembiayaan tanpa cagaran adalah sebanyak RM200,000.

“Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu dan memudahkan koperasi untuk melaksanakan projek berdaya maju,” katanya.

Ramanan ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Taman Nesa Delima di Rembau pada Sabtu.

BACA LAGI: KUSKOP komited bantu usahawan PMKS kukuh rantaian nilai

Sementara itu jelasnya, terdapat 16,000 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan jumlah keanggotaan lebih tujuh juta orang, setakat 31 Mei lalu.

Justeru KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan koperasi dan pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Related Articles

Back to top button