Parlimen

Proses pinda Akta Kanak-Kanak 2001 kini diperingkat akhir – Nancy Shukri

Pindaan berkaitan Akta Kanak-kanak 2001 kini berada dalam proses akhir dan dijangka akan dibentangkan ke Parlimen tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pindaan itu selain menambah baik akta, juga selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang telah dikuatkuasakan sejak 1 September tahun lepas.

“Pada masa ini, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak masih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, jadi perlu dipinda dari segi struktur dan pembahagian tugas selain melihat kepada undang-undang yang lain dan dibawa ke Parlimen.

“Mungkin ada pembaharuan, banyak perkara yang perlu disusun atur pada tahun ini dan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak akan berdiri di atas kaki sendiri pada 2026,” katanya selepas menghadiri satu acara di Kuching pada Isnin.

BACA LAGI: Dasar Wanita Selangor, Pelan Tindakan 2024-2026 dilancar

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong sebelumny diminta mengulas gesaan Ketua Wanita MCA, Wong You Fong semalam agar KPWKM segera mengukuhkan Akta Kanak-kanak serta perundangan yang berkaitan untuk memastikan perlindungan menyeluruh untuk kanak-kanak di bawah umur.

Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat.

Related Articles

Back to top button