Parlimen

RUU Perkhidmatan Parlimen dibentangkan Oktober ini – Johari Abdul

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menjangkakan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini.

Beliau berkata, walaupun RUU itu pada mulanya dijangka dibentangkan pada sesi semasa, namun Kabinet baru sahaja meluluskannya drafnya baru-baru ini.

“Kita akan cuba bentangkannya paling awal semasa persidangan ketiga (Oktober)… kita cuba bentangkan pada persidangan kedua (semasa), tetapi perkara itu (draf) baru sahaja diluluskan oleh Kabinet,” katanya.

Johari berkata begitu pada ucapan pelancaran Laporan Tahunan 2023 Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), di bangunan Parlimen pada Selasa.

Mac lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said menyuarakan harapan agar Akta Perkhidmatan Parlimen boleh berkuat kuasa tahun ini, dengan menekankan kepentingannya bagi meningkatkan kebebasan struktur parlimen.

BACA LAGI: Johari gesa negara ASEAN kukuh kekuatan bersama hadapi cabaran semasa

RUU itu antara lain bagi memberikan kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen serta mewujudkan Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi mengendalikan semua urusan pentadbiran Parlimen di bawah skim perkhidmatan yang baharu.

Langkah reformasi itu selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI bagi memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif, dan akan terus memperkasakan semangat berperlembagaaan.

Related Articles

Back to top button