Negeri

Kerajaan MADANI peruntukkan RM69.18 juta tangani NRW di negeri Kelantan

Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan RM69.18 juta secara geran kepada Kelantan bagi mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di negeri itu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Program Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan Pendekatan Satu yang merangkumi pakej satu yang melibatkan kerja-kerja penggantian meter untuk mendapatkan bacaan NRW lebih tepat, yang telah siap dan diserahkan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada Mac 2023.

“Manakala pakej dua membabitkan kerja penggantian dan pembaikan tangki air yang dijangka siap September ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau sebelumnya menjawab soalan seorang Ahli Parlimen yang ingin tahu perancangan diambil kementerian bagi menyelesaikan masalah air di Kelantan terutama NRW.

BACA LAGI: KBS perhebat kerjasama, gilap potensi dan bakat belia negeri Kelantan

Sementara itu menurutnya, bagi mengatasi kehilangan air secara fizikal disebabkan oleh kekerapan kebocoran pada paip agihan yang lama dan uzur, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) juga memberikan pembiayaan berjumlah RM210 juta kepada AKSB bagi melaksanakan projek penggantian paip simen asbestos AC) sepanjang 359 kilometer secara berfasa di seluruh Kelantan.

Selain itu, terdapat dua projek baharu dan tiga projek sambungan yang telah diluluskan untuk Kelantan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan anggaran kos keseluruhan RM704.8 juta bagi menangani isu bekalan air di negeri itu.

Akmal sementara itu mendedahkan Kelantan mencatatkan 54.5 peratus NRW pada tahun lalu.

Related Articles

Back to top button