Negeri

KDNK: pencapaian atasi sasaran 5 tahun, bukti keupayaan kerajaan negeri Selangor

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor telah mengatasi sasaran lima tahun ditetapkan melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1)

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kejayaan negeri itu mencapai KDNK sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023 mencerminkan keupayaan negeri itu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berkesan.

Ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang mampan dan berkesan, serta memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat pelaburan utama di rantau ini.

“Dalam pengumuman terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2 Julai lepas, Selangor mencatatkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 7.43 peratus melebihi sasaran purata pertumbuhan KDNK bagi tempoh 2021-2025 yang telah ditetapkan dalam RS-1 iaitu antara 6.5 peratus hingga 7.0 peratus,” katanya.

Amirudin berkata begitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RS-1.

BACA LAGI: 4 negeri rekod prestasi lebih baik pada 2023 berbanding tahun sebelumnya – DOSM

Sementara itu tambahnya, kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk menyumbang sebanyak 27 peratus kepada KDNK negara berdasarkan perkembangan terkini dan mengambil kira hala tuju yang seiring antara pentadbiran di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk purata nilai pelaburan tahunan antara RM23 bilion hingga RM35 bilion. Pada 2021-2023, Selangor telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan dengan mencapai purata nilai pelaburan sebanyak RM39.4 bilion dalam sektor utama yang kompleks,“ jelasnya.

KSP RS-1 dibentangkan bagi menilai keberkesanan sistem pelaksanaan negeri, membuat anjakan baharu yang terkandung dalam Lima Tekad Lima Tahun dan melaksana usaha baharu berteras Ekonomi MADANI.

Related Articles

Back to top button