Parlimen

Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab keluar kenyataan walaupun ada imuniti dalam dewan

Walaupun mempunyai imuniti dan dilindungi ketika berbahas di Dewan Rakyat namun Ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan mereka, tegas seorang pakar perlembagaan.

Profesor Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain dipetik laporan Bernama berkata, ucapan wakil rakyat di Dewan Rakyat masih terbatas di bawah peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Malah tegasnya wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan menghasut semasa berucap atau berbahas kerana ia adalah perkara yang dilarang sebagaimana digariskan secara terperinci oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Keistimewaan diperoleh Ahli-Ahli Parlimen di bawah perlindungan imuniti Parlimen tidak bermaksud mereka diberikan kebebasan sepenuhnya semasa berbahas di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

“Beliau sepatutnya tahu tetapi kenapa masih menggunakan hujah tanpa fakta yang sah dalam perbahasan? Bagi saya, ini bukanlah salah guna imuniti tetapi Wan Ahmad Fayhsal lebih kepada menyalahi tatacara sebagai seorang Ahli Parlimen,” katanya merujuk tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan tindakan menyalahi tatakelola disiplin dan peraturan mesyuarat .

Wan Ahmad Fauzi berkata setiap Ahli Parlimen mempunyai batasan tertentu iaitu tidak menyentuh perkara sensitif di bawah fasal (4) Perkara 10 yang boleh menjadi suatu kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 jika membuat sesuatu kenyataan yang cenderung menghasut.

BACA LAGI: Pemuda HARAPAN seru Muhyiddin anjur program didik Ahli Parlimen PN tidak memfitnah

Justeru beliau berpandangan tindakan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal sebagai tindakan wajar yang dilaksana Dewan Rakyat.

Related Articles

Back to top button