Semasa

Permohonan, cetak MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia – JPN

Permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat penegasan itu melalui satu kenyataan susulan tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat projek cetakan MyKad dilakukan di luar negara.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar serta meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan fokus selesai isu kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

Melalui kenyataan sama JPN turut memaklumkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara juga perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected].

Related Articles

Back to top button