PM Anwar zahir tahniah kepada Paetongtarn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand ke-31 Paetongtarn Shinawatra menerusi satu panggilan telefon pada Selasa.
Menerusi hantaran di akaun Facebooknya Anwar turut menyatakan keyakinan bahawa hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus berkembang dan utuh di bawah kepimpinan Paetongtarn.
“Malaysia dan Thailand berkongsi banyak kepentingan bersama mencakupi pelbagai bidang kerjasama.
“Saya juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Paetongtarn bagi melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand demi kemajuan dan kemakmuran kedua-dua negara serta rantau ini secara keseluruhannya,” menurut hantaran itu.
BACA LAGI: Anwar, Probowo tekad kukuh hubungan serumpun dua negara
Paetongtarn, 38 mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan, pada 6 September (Jumaat) lalu.
Beliau yang juga ketua parti pemerintah Pheu Thai, menjadi Perdana Menteri Thailand termuda memimpin kerajaaan.