Semasa

Jawatankuasa Muzakarah MKI bincang doktrin fahaman GISBH minggu ini

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bakal bersidang dari 24 hingga 26 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, antara isu yang bakal dibincangkan pada mesyuarat itu adalah berkaitan doktrin fahaman GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Melalui satu kenyataan Mohd Naim berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menahan dan mendakwa sebilangan pemimpin serta ahli GISBH.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu pihak PDRM dalam proses siasatan isu GISBH.

“JAKIM telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” jelasnya.

BACA LAGI: Kabinet bincang isu kebajikan kanak-kanak, remaja diselamatkan

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada Jumaat memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia juga adalah kesinambungan Al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Related Articles

Back to top button