Uncategorized

Keluar Kenyataan Hasutan,DUN Perak gantung Razman 6 bulan

Keluar Kenyataan Hasutan, DUN Perak Gantung Razman 6 Bulan

IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak(DUN) membuat keputusan menggantung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria.

Pengantungan berkuasa hari ini, Razman digantung selama enam bulan daripada menghadiri DUN Perak.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Keputusan dibuat, selepas usul berkenaan dibentangkan oleh ADUN Bercham, Ong Boon Piow dan disokong oleh ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Usul itu dibuat, susulan kenyataan berbaur perkauman dan hasutan yang dikeluarkan Razman dalam persidangan pada 2 Disember 2024.

Perkara itu, berkaitan insiden pengibaran bendera Negara China di Teluk Intan, yang didakwa sebagai tidak benar dan menyinggung perasaan ahli dewan lain.

Untuk rekod, pada 4 Disember lalu, DUN Perak meluluskan usul merujuk Razman ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri, selepas usul dikemukakan oleh ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yeong.

Menurut Speaker, berdasarkan kepada Peraturan Tetap 40 (3)(a) dan (b), terdapat merit pada usul tersebut dan beliau bersetuju merujuk Razman kepada jawatankuasa berkenaan.

Usul penggantungan diluluskan melalui undi suara majoriti.

Untuk rekod, Razman sebelum ini terlibat dalam beberapa kes mahkamah dan terpalit dengan beberapa siri kekalahan dalam kes di mahkamah.

Berikut adalah beberapa kes mahkamah yang melibatkan bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Antaranya, Razman kalah saman fitnah kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Mohammad Nizar atas tuduhan fitnah dalam artikel bertarikh 2 Jun 2015.

Beliau juga kalah saman fitnah kepada Lim Guan Eng, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Razman dan mengarahkan beliau membayar RM250,000 kepada Lim Guan Eng atas kenyataan fitnah di Facebook yang mendakwa Lim menyokong larangan pengambilan pekerja hotel bertudung.

Dalam kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Razman didakwa mengaitkan Anwar dengan agenda LGBT dalam ucapan semasa kempen PRU15.

Kes ini diselesaikan apabila Razman memohon maaf secara rasmi di Mahkamah Tinggi Taiping.

Related Articles

Back to top button