SPRM Tahan Albert Tei

oleh Nadhirah Akmam
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penahanan di kediaman ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, sebelum membawanya keluar hanya untuk kembali semula beberapa minit kemudian.
Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai SPRM lengkap dengan jaket kalis peluru, topeng muka dan peralatan taktikal.
Menurut rakaman video, Tei digari sebelum dibawa masuk ke sebuah kenderaan utiliti hitam tanpa nombor pendaftaran.
Tei, yang dikaitkan dengan pendedahan dakwaan rasuah melibatkan seorang tokoh politik Sabah, sempat mengangkat tangan ke arah kamera sambil melaungkan “lawan tetap lawan” sebelum dibawa pergi.
Namun, tindakan SPRM kembali semula ke rumah berkenaan beberapa minit kemudian menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenar operasi itu.
Setakat ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.



