Adam Adli Terima Pelantikan Sebagai Pemangku Pengerusi MPN Melaka

Oleh: Aliyaa Azmi
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim, kini diberi mandat memangku tugas Pengerusi MPN Melaka bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Keputusan itu diumumkan melalui kenyataan media oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh pada Selasa.
Adam berkata, pelantikan tersebut adalah hasil keputusan Biro Politik PKR menerusi resolusi bersama dan bersifat sementara.
“Pelantikan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Pengerusi sebelum ini, Datuk Seri Shamsul Iskandar, menyelesaikan proses perundangan yang sedang dihadapi.
“Dalam tempoh ini, keutamaan saya adalah untuk memastikan kestabilan dan disiplin organisasi parti terus terpelihara.
“Saya juga akan memperkemas persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Adam turut menegaskan keyakinannya bahawa kerjasama di semua peringkat kepimpinan dan akar umbi akan memastikan parti terus bergerak secara tersusun serta berfokus kepada kepentingan rakyat.
“PKR akan terus berpegang kepada prinsip keadilan untuk semua dalam memperkukuh perjuangan parti di negeri ini,” katanya.
Pelantikan Adam hadir selepas Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, dengan alasan terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej Kerajaan MADANI.
Beliau kini juga berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah bersama ahli perniagaan, Albert Tei



