Semasa
KPKM pastikan bekalan makanan sepanjang Aidiladha mencukupi
BEKALAN makanan makanan termasuk daging mencukupi untuk keperluan sambutan Aidiladha tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.
Penguatkuasaan akan diperketat |
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Sukan 89 Arena, Klang pada Sabtu, beliau turut memberi jaminan untuk memastikan bekalan tidak terputus dan akan menjalankan pemantauan dari semasa-semasa.
Beliau berkata menerusi agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Peladang Kebangsaan (PPK), juga akan membuat intervensi jika berlaku kenaikan harga mengejut barang keperluan itu.
“FAMA dan Persatuan Peladang (PPK) akan melakukan ‘interfere’ seperti Ramadan yang lepas.Alhamdulilah, harga daging dapat dikawal malah dijual dengan harga yang lebih murah,” jelasnya.
Sementara itu Mohamad memaklumkan bahawa FAMA sedang merancang untuk menambah cawangan sedia ada di negara ini bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan.
“Keterjaminan makanan ini memang dah jadi isu dunia bukan hanya di Malaysia, satu dunia terlibat katanya,” katanya lagi.