Nasional

Ada berita gembira berkait 5G hujung bulan ini – Menteri

SYARIKAT  telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan
pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini menjelang hujung bulan ini.

Pengumuman diharap untungkan rakyat

Menteri
Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perjanjian akses yang
telah ditandatangani syarikat terbabit membolehkan mereka menepati
perkhidmatan 5G.

“Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan
ada beberapa pengumuman baik dan penting daripada kalangan syarikat
telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Berhad (DNB)
dan pemegang ekuiti.
“Pencapaian pelaksanaan rangkaian 5G di
bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 62.1 peratus. Ini satu
pencapaian yang membanggakan. Namun jauh lagi perjalanan untuk mencapai
80 peratus rangkaian kawasan berpenduduk,” katanya semasa berucap pada
Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di
Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata mesyuarat pasukan petugas 5G
oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan
Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut diadakan hari ini
bagi memastikan pelaksanaan rangkaian 5G mengikut aturan ditetapkan.
Mengenai
keputusan kerajaan supaya Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal
segera, Fahmi berkata perkara itu akan diusahakan oleh Agensi
Keselamatan Siber Negara (NACSA) manakala tugas dan fungsi CyberSecurity
Malaysia (CSM) akan diperjelas supaya tidak berlaku pertindihan.
“Ini
penting kerana di mana-mana negara perlu ada badan kawal selia industri
keselamatan siber. Di Malaysia kita menuju ke arah itu dan ini akan
diusahakan bersama NACSA.
“InshaAllah kita harapkan NACSA sebagai
badan kawal selia atau entiti yang ambil alih nanti bila akta
keselamatan siber ada manakala CSM memainkan peranan sebagai agensi
penting bagi memastikan keselamatan siber di Malaysia terkawal dan
terjamin,” katanya.
Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara
memutuskan agar satu Rang Undang-undang Keselamatan Siber digubal segera
bagi memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat
dituntaskan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button