Negeri

Pelaburan ke Selangor dijangka melonjak tahun ini – Exco Pelaburan

Exco Pelaburan Negeri Selangor menjangkakan ekonomi bagi negeri itu akan terus melonjak dengan sasaran pelaburan meningkat kepada RM50 bilion berbanding tahun lalu

Menurut Ng Sze Han berkata, jangkaan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kedudukan strategik Selangor.

“Baru-baru ini, kita terima banyak permintaan dari negara luar khusus China termasuk kilang bateri terbesar, Tenpower yang berminat melabur di Selangor kerana mempunyai Pelabuhan Klang dan dua lapangan terbang(Subang Jaya dan KLIA).

“Ini merupakan kekuatan Selangor selain mempunyai beberapa tapak perindustrian yang sedang dibangunkan menjadi tarikan utama. Pelabur boleh memilih tapak mana dikehendaki yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.

Selain itu jelasnya, sektor pembuatan, pergudangan dan logistik di negeri itu dapat membantu meningkatkan pelaburan selain kedudukan Selangor di tengah semenanjung dan Asia Tenggara yang sesuai untuk pelaburan.

“Beberapa projek mega akan masuk dan bertapak di Selangor… kita akan umumkan nanti,” katanya,

Kilang pembuatan bateri lithium ion terbesar di ChinaTenpower pada tahun lalu bersetuju membangunkan kilang seluas 48 ekar di Kuala Langat, dengan nilai pelaburan RM1.3 bilion.

Pelaburan itu susulan lawatan Invest Selangor Berhad ke republik itu yang turut akan mewujudkan 700 peluang pekerjaan antaranya jurutera.

Related Articles

Back to top button