Negeri

PM Anwar serius selesai isu bekalan air bersih

SATU pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan,
Datuk Ahmad Yakob dijangka bakal diadakan hari ini.

Kerajaan komited selesai isu kepentingan rakyat
Bercakap
pada Program Temu Anwar di Dewan Censelor, Universiti Malaysia Sabah
(UMS) di Kota Kinabalu pada Rabu, beliau berkata pertemuan itu bagi
merundingkan isu masalah air dihadapi kedua-dua negeri itu.
 
Tambah
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, Kerajaan Persekutuan
yang kini dipimpinnya sentiasa komited untuk membantu dua negeri itu
dalam menyelesaikan isu yang berlarutan dan memberi kesan kepada rakyat.
“Kalau
kita akui begitu (masalah air), dalam perundingan saya dengan kerajaan
Negeri Sabah, maka ada hal-hal kerajaan negeri dan Persekutuan cuba
menyelesaikan sebaik mungkin.
 
“Ada rencana dibuat kerajaan
negeri tapi oleh kerana projek itu terlalu besar dan skala yang agak
besar. Maka esok pagi, saya telah mengundang Ketua Menteri dan pimpinan
Sabah, Menteri Besar dan pimpinan Kelantan untuk berunding dan
menyelesaikan masalah air di Sabah dan Kelantan,” jelasnya.
Program
Temu Anwar yang berlangsung selama sejam itu dihadiri kira-kira 5,000
orang termasuk pelajar pelbagai universiti dan orang ramai.
Pada
program sama, Anwar turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM3 juta bagi
menyelesaikan masalah bekalan air di UMS termasuk bagi pelaksanaan
projek penggerudian air bawah tanah dan membuka pusat rawatan air di
universiti berkenaan.
Peruntukan itu diberikan kerana beliau
tidak mahu isu air mengganggu pembelajaran mahasiswa seterusnya adalah
menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk menangani permasalahan
berkenaan.
 
“Saya ambil alih jawatan Perdana Menteri dalam keadaan hutang negara RM1.5 trilion,  
“Bila
bercakap kesedaran, kalau anak-anak saya, anak-anak saudara nak mandi
pun susah air tak cukup…ini keadaan sukar. Saya tidak mahu anak-anak
(mahasiswa bermasalah),” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button