Nasional

Anwar seru ulama tampil tegur kelemahan kerajaan

GOLONGAN ulama diseru supaya berani membuat teguran kepada kerajaan demi mengangkat martabat negara dan umat Islam di Malaysia. 

Agamawan perlu main peranan pimpin kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan seruan itu berkata, pemimpin kerajaan juga harus bersedia untuk mendengar teguran itu sebagaimana yang dianjurkan dua ulama terkenal iaitu Prof Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafidz yang menekankan agar teguran perlu dibuat secara baik dan terhormat.

“Untuk para pimpinan, apabila dengar ulama bercakap dengan ikhlas dan berani menegur (perlu) diterima dengan baik dan menjawab dengan baik,” katanya pada Muzakarah Ulama-Umara di Shah Alam pada Khamis. 

Bagaimanapun beliau berkata dalam sesetengah hal yang mungkin dipersetujui bersama, ia tidak dapat dilaksanakan kerajaan disebabkan keterbatasan yang ada selain tahap kefahaman umat dalam sesuatu perkara.

“Jadi kadang-kadang apa yang kita bicarakan itu ditafsirkan berbeda dan bukan kerana satu Uslub dan Ittijahat (kaedah dan aliran) dalam politik ini. 

Saya yakin Insya-Allah kita di landasan yang baik dan kita boleh angkat martabat umat (Islam) dan negara ini sesuai dengan cita-cita Balad (negara) Madani,” tambah Anwar.

Muzakarah Ulama-Umara anjuran Kerajaan Selangor menghimpunkan para pemimpin negara dan ulama dalam sebuah pertemuan yang amat jarang berlaku.

Dr Ali, bekas Mufti Agung Mesir dan Pengasas Darul Musthafa Habib Umar dari Yaman merupakan tetamu khas bagi acara tersebut. 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button