Global

Malaysia tak perlu bergantung pada dolar AS untuk tarik pelabur- Anwar

PERDANA MENTERI,
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Malaysia tidak akan terus
bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke
dalam negara

Malaysia tak perlu bergantung kepada dolar AS

Pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa,
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, rundingan pelaburan
antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata
wang negara ini dan mata wang negara terbabit.
Malah Bank Negara
Malaysia (BNM) juga jelasnya telah membuat cadangan untuk mempelopori
kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu
menggunakan ringgit dan renminbi.
“Yang lebih besar daripada itu
adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya
cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat
sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.
“Tetapi
sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi)
saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan
Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan
daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran sama ada kerajaan akan
turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan
dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain.
Sementara
itu dalam isu berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata,
Malaysia perlu bersiap sedia dengan semua prasarana, infrastruktur dan
sumber tenaga tempatan supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya kemasukan
pelaburan asing yang menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.
“Mengambil
contoh apabila Amazon Web Services (AWS) masuk, kalau kita hanya tunggu
pelaburan dan tidak menyiapkan jentera, kemahiran, pekerjaan,
infrastruktur, ia akan menjadi masalah,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button