Nasional

KPM pantau caj yuran PIBG, pastikan ibu bapa tak terbeban

PEMANTAUAN 
sentiasa dilakukan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) supaya ibu bapa
pelajar tidak terbeban dengan caj yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), kata menterinya.

Prestasi Fadhlina sebagai menteri membanggakan

Fadhlina Sidek di Dewan Negara ada
Isnin berkata KPM melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru pada 15 Sept 2021 telah memberi peringatan kepada
sekolah-sekolah agar tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan
PIBG dan pematuhan kepada garis panduan yang telah disediakan.

“Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 membenarkan PIBG untuk
mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan
daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang merupakan Pendaftar Negeri.

“Dalam
hal ini, Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan
Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan adalah berkaitan sebagai rujukan pihak sekolah,”
katanya.

Sementara itu Fadhlina turut menyarankan supaya ibu bapa dapat hadir ke mesyuarat PIBG yang dianjurkan pihak sekolah.

Melalui
langkah itu jelasnya, ibu bapa akan mendapat maklumat dan justifikasi
berkaitan caj yuran PIBG yang dikenakan dan sekiranya membantah mereka
boleh mengemuka aduan mengikut aturan dan proses sepatutnya.

“Sekiranya
ada aduan KPM akan kenal pasti dan akan turun bersama pendaftar negeri
iaitu Pengarah JPN untuk memastikan pembetulan itu dibuat sama ada
melalui mesyuarat ataupun ditetapkan oleh mana-mana peraturan lain di
bawah pendaftaran negeri,” katanya pada sesi soal jawab bagi jawapan
lisan semalam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button