Semasa

Nadir Al Nuri kagum dengan diplomasi dimainkan PM Anwar

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang dipertemukan semula dengan ahli keluarganya melalui satu ‘Misi Gila’ dilaksana kerajaan menyifatkan ia bukan usaha mudah membawa mereka ke Malaysia.

Muhammad Nadir yang merupakan aktivis kemanusiaan berkata, usaha itu sangat sukar susulan bedilan roket serta hentaman bom bertali-arus oleh rejim Israel di Gaza dan ketegangan berlanjutan di sempadan Palestin.

Bagaimanapun tambah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu, operasi pasukan itu membawa keluar keluarganya dari wilayah bergolak itu sangat cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat.

Malah beliau mezahirkan rasa kagum terhadap diplomasi dimainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu ‘dalang’ sebenar misi tersebut.

“Secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana, ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut Muhammad Nadir berkata, dalam soal Palestin, umat perlukan satu ketumbukan.

Justeru rakyat Malaysia tegasnya perlu berbangga dan terus menyokong ketegasan Anwar membela Palestin

BACA LAGI: YADIM kagum pendirian PM Anwar dalam isu Palestin

“Palestin pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti,” tambahnya.

Muhammad Nasir juga berkata, tindakan Anwar menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan Malaysia, ketegasan dalam menyatakan sokongan kepada Hamas dan jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut dalam kalangan marhaen di Palestin selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa.

Related Articles

Back to top button