Pilihanraya

Dr Joohari mahu kempen bersih, tidak merendah-rendahkan lawan

Calon mewakili Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap beriltizam berkempen secara sihat tanpa merendah-rendahkan pihak lain.

Dr Joohari Ariffin yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara menyatakan tekad itu kepada pemberita pada majlis pengumuman calon di Simpang Ampat, Nibong Tebal malam tadi.

Sebagai seorang pendidik Dr Joohari berkata, beliau mempunyai cita-cita untuk memastikan semua anak didiknya mempunyai akhlak dan pemikiran yang baik.

“Jadi, itu antara saya tekankan supaya kita jadi orang baik melaksanakan perkara yang baik dan saya akan pastikan saya akan cuba menjadi seorang calon yang baik.

BACA LAGI: UMNO gerak jentera bantu calon Pakatan Harapan

“Saya lebih tekankan akhlak dalam melaksanakan pekerjaan kita, oleh itu, sebarang usaha untuk merendahkan pihak lain saya akan cuba jaga dan saya harap pihak sana (pihak lawan) sama juga (menjaga adab).

“Amanah yang diberi ini (menjadi calon) saya akan pikul dan akan bekerja lebih untuk rakyat (sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat),” jelasnya.

Related Articles

Back to top button