Nasional

Masjid JAKIM, JAWI laksana solat jenazah ghaib untuk Ismail Haniyeh

Masjid-masjid bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) diarah menganjurkan solat jenazah ghaib buat pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.

Menteri agama Mohd Na’im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada kedua-dua badan itu.

“Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.

“Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib,” dia dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Hamas hari ini mengumumkan pemergian Hamas dan mendakwa berpunca daripada serangan Zionis di kediamannya di Tehran.

Related Articles

Back to top button