Semasa

Bapa kepada calon PRK Mahkota meninggal dunia

Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota meninggal dunia.

Syed Abdullah Syed Abdul Hamid, 67, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) malam tadi.

“Dukacita dimaklumkan ayahanda kepada saudara Syed Hussien, calon BN bagi PRK DUN Mahkota diberitakan sudah pergi meninggalkan kita.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada ayahanda beliau semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Salam takziah buat saudara Syed Hussien sekeluarga, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah,” tulis Umno Johor melalui satu hantaran di laman Facebooknya.

Pada Isnin, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya, seorang pejuang kanser erpaksa ditidurkan selepas disarankan oleh doktor.

Syed Abdullah yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang dilapor hadir sewaktu pengumuman calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang, Sabtu lalu.

Related Articles

Back to top button