Nasional

PM Ishiba pilih Malaysia negara pertama dilawati

PUTRAJAYA: Satu kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen akan dimuktamadkan antara Malaysia dan Jepun menjelang Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif terbaru itu melibatkan syarikat minyak dan gas milik kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dengan kerjasama PETRONAS.

“Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) sudah memberi jaminan dan dengan sokongan Perdana Menteri (Jepun), Shigeru Ishiba, kerjasama dalam teknologi baharu ini dijangka berjaya, insya-Allah.

“Kami berharap dapat mempercepatkan proses ini untuk memenuhi sasaran menjelang Mei apabila kita bertemu sama ada di Tokyo atau Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia di Putrajaya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Malaysia dan Jepun juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba di Pejabat Perdana Menteri, 10 Januari, 2025. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Antara inisiatif yang dibincangkan antara Anwar dan Shigeru termasuk penubuhan kampus cawangan Universitu Tsukuba dari Jepun ke Malaysia.

“Kerjasama lain termasuk perkongsian antara UNiversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Waseda University, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Japan International Institute of Technology (JIIT).

“Saya (Anwar) juga berharap agar universiti milik Shigeru iaitu Keio University turut serta dalam beberapa program kita termasuk dalam dialog peradaban kerana terdapat minta untuk berinteraksi antara Islam dan Taoisme,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button