Pilihanraya
PH-BN pertahan kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan
Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan kemenangan dua pertiga.
Perkara itu dimaklumkan sendiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi akaun Twitter beliau.
PH jelasnya sudah memenangi 17 daripada 19 kerusi manakala BN menang 14 daripada 17 kerusi.
“Alhamdulillah, setakat ini PH Negeri Sembilan memenangi 17 daripada 19 kerusi. Manakala Barisan Nasional menang 14 daripada 17 kerusi,” katanya dipetik.